Ahad, 29 Mac 2015

Panduan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 : Media Kerjaya

Panduan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17. Semakan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N17 boleh dibuat menerusi laman rasmi SPA pada pautan berikut :

http://e-semakan.spa.gov.my/


Peperiksaan ini adalah untuk mengisi 700 kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.



700 Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir
 Perkeranian/Operasi Gred N17


Bidang Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17


Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas jabatan/bahagian berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.


Kelayakan dan Syarat Lantikan Menjawat Jawatan Pembantu Tadbir 


Calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia SPM [Gaji Permulaan : RM928.00] dan kepujian bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelayakan setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas.



Syarat Peningkatan secara Lantikan


Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak untuk dipertimbangkan untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan yang ada.


Panduan Peperiksaan Online Pembantu Tandbir

Klik Format Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N17


EmoticonEmoticon