Jumaat, 20 Mac 2015

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41 SPA

Peperiksaan Pegawai Psikologi  S41 kini dijalankan secara online. Ini adalah pembaharuan dan naik taraf yang telah di buat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sejak tahun lalu. Untuk tahun 2015, ini adalah peperiksaan online pegawai psikologi yang pertama diadakan. Sebagai maklumat awal untuk anda, format peperiksaan pegawai psikologi S41 turut berubah. Untuk mendapatkan contoh soalan peperiksaan psikologi, rujukan peperiksaan online pegawai psikologi s41 yang disediakan oleh Tim Infokerjaya ini antara panduan terbaik untuk persediaan anda.


Sekiranya anda belum mendapat sebarang surat makluman, membuat, anda boleh membuat semakan secara online.



Semakan peperiksaan online Pegawai Psikologi GRED S41
http://online.spa.gov.my/online/jadual_am_online_psikologi.php?jawatan=Pegawai%20Psikologi%20Gred%20S41&pemerolehan=SM20150048

Format peperiksaan online pegawai psikologi s41 hanya akan ada 3 seksyen


Sekyen A : Pengatahuan Am

Lazimnya sekyen a pengatahuan am ini adalah berkait rapat dengan jawatan pegawai psikologi. Bahan bacaan yang anda perlu cari adalah berkaitan dengan kaunseling dan psikologi, jabatan atau kementerian yang mempunyai jabatan kaunselingnya sendri. Apa misi dan visi jabatan atau kementerian tersebut.

Selain itu, calon juga jangan abaikan berkaitan teknologi dan komunikasi. Sebagai bakal pegawai psikologi s41, teknologi dan komunikasi adalah 2 perkara penting untuk anda melaksanakan tugasan anda dengan baik kelak.

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Sekyen B lebih kepada soalan menguji asas, kecekapan dan daya kreativiti anda menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam seksyen ini akan di pecahkan kepada 3 bentuk soalan yang memninta anda memberi penyelesaian masalah dari segi :-

  1. Kemahiran Logik - Ianya solan yang meminta anda menyelesaikan masalah berdasarkan logik dan kreativiti tahap anda berfikir membuat keputusan.
  2. Kemahiran Menginterprestasi Data - Permasalahan ini lebih kepada meminta kemahiran anda menganalisis data seperti graf, gambar rajah dan formula-formula yang berkaitan untuk anda menyelesaikan masalah
  3. Konsep Matematik - Soalan menguji kecekapan dan ketelitian anda untuk menyelesaikan masalah yang berkiatan dengan kira-kira. Anda tidak perlu bimbang, soalan yang diajukkan tidak lebih dari subjek Matematik tingkatan 5 (SPM)

Seksyen C: Ujian Psikometrik

Dengar sahaja perkataan psikometrik pun sudah agak pelik. Anda tidak perlu kusutkan fikiran walaupun tajuk yang anda dapati ini agak lain sedikit bunyinya.

Sekyen ini lebih menguji anda dari segi sikap, cara dan kreativiti anda menyelesaikan masalah yang di ajukan. Cara anda membuat keputusan dan respon. Calon di nasihkan lebih berhati-hati ketika menmberikan soalan kerana terdapat jawapan yang hampir sama.


Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi

Calon peperiksaan boleh mendapatkan rujukan lengkap beserta contoh soalan peperiksaan online pegawai psikologi pada pautan berikut 

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Psikologi S41 :- http://panduanpeperiksaanpegawaipsikologi.blogspot.com/
Rujukan peperiksaan online pegawai psikologi ini sedang di kemas kini dan bakal dilancarkan khas untuk calon yang bakal menghadiri peperiksaan yang bakal tiba. Ianya berbentuk ebook/file dalam bentuk pdf.




EmoticonEmoticon