Selasa, 15 April 2014

Peluang Kerja Kerajaan Tanpa Melalui SPA


Pernahkah anda tahu bagaimana untuk memohon kerja kerajaan tanpa perlu melalui SPA ?? Jika tidak mari saya kongsikan kepada anda bagaimana caranya kerja kerajaan tanpa melalui SPA dan kenapa ramai graduan yang berminat untuk menjawat jawatan dalam kerajaan.



KENAPA KERJA KERAJAAN MENJADI PILIHAN

Rata-rata graduan yang tamat pengajian memilih untuk bekerja di sektor kerajaan. Kerana gaji yang kompetatif dan manfaat lain ianya pasti menjadi kerjaya tepat buat graduan.

Cuba anda lihat antara manfaat dan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh Penjawat awam :

  1. Elaun Perumahan
  2. Cost of Living Allowance (COLA)
  3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  4. Kenaikan gaji setiap tahun
  5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
  7. Cuti bersalin
  8. Pinjaman perumahan
  9. Caruman KWSP atau Pencen
  10. Peluang kenaikan pangkat
  11. Peluang melanjutkan pelajaran
  12. Peluang untuk berkursus dari masa ke semasa



PERMOHONAN MELALUI SPA SEMAKIN MENINGKAT


Saban tahun permohonan pekerjaan sebagai penjawat awam semakin meningkat, tahukah anda peningkatan ini menyebabkan sistem kemasukan dan penapisan sebagai penjawat awam juga semakin sukar ini bagi menapis dan membolehkan hanya yang benar-benar layak sahaja akan diterima.

Bilangan Transaksi Permohonan Melalui SPA


Cuba anda lihat data di atas ( untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar ) data menunjukkan seramai 1,6277,719 pendaftaran pekerjaan di sektor awam pada tahun 2013 anda boleh rujuk melalui pautan berikut Transaksi Perkhidmatan Online SPA 2013 .

Mulai tahun 2010 juga, SPA telah melakukan transformasi dalam pengambilan calon untuk semua jawatan yang dikendalikan bagi menangkis persepsi negatif masyarakat mengenai proses pengambilan iaitu "Orang dalam".

SPA memeperkenalkan sistem myRecruitment iaitu kaedah pengambilan secara profilling bagi menangkis persepsi itu. Ianya dilancarkan pada Januari 2010 oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.




PERSAINGAN DI SPA



Pada tahun 2013 juga, seramai 111,435 calon menerima lantikan. Satu jumlah yang sudah tentunya graduan akan menyatakan ianya mudah kerana begitu banyak lantikan jawatan oleh SPA.

Namun cuba anda semak semula, jumlah permohonan pada tahun 2013 ianya seramai 1.6 juta. Cuba kira peratus sahaja yang lulus dan yang lain gagal!!. Rujuk data dari SPA .

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, setiap tahun lebih 1 juta permohonan diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bermakna

setiap calon akan bersaing dengan 1 juta graduan yang lain dan calon yang berjaya tidak melebihi 8%.
Maklumat Laporan Tahunan SPA 2010, 2011 dan 2012 mendedahkan berapa ramai graduan yang gagal dalam tapisan SPA.




CARA ALTERNATIF TANPA SPA


Mungkin ada yang tahu, dan tidak disangkal ramai juga yang tidak tahu cara ini. Untuk masuk ke skim perkhidmatan awam, sebenarnya anda juga BOLEH masuk melalui agensi kerajaan atau negeri yang mempunyai sistem tapisan bebas dari SPA.

Kebanyakan terus kepada temuduga tanpa perlu melalui ujian bertulis seperti SPA.
Ianya lebih mudah tetapi boleh dikatakan, ramai graduan yang mengabaikan kerjaya melalui saluran ini dan sebab utamanya adalah kerana mereka tidak tahu!.

Jika anda seorang graduan, dan berminat untuk kerja kerajaan, cuba jawab pertanyaan ini..

Dah cuba memohon pekerjaan di ;-


  • Perbadanan Ekonomi Negeri Perlis
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Institut Pengurusan Dan Integriti Melaka (INSPIM)
  • Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia
  • Yayasan Negeri Sabah
Semua ini adalah di bawah kerajaan negeri dan agensi kebangsaan. Berapa banyak jawatan kosong di sana dan berapa ramai graduan yang tahu mereka boleh memohon terus di sana?



CARA MEMOHON KERJA KOSONG DI AGENSI KERAJAAN

Kaedah permohonan ini lebih mudah tetapi graduan perlu sedikit gigih kerana :


  1. Perlu rajin melihat laman web / iklan oleh agensi tersebut
  2. Perlu rajin follow-up dengan Pegawai Sumber Manusia biasanaya.

Langkah pertama adalah dengan dapatkan sebanyak mungkin senarai agensi kerajaan dalam simpanan dan pengatahuan anda. Dari semasa ke semasa lawati pejabat atau laman web mereka untuk kerja kosong.

Sebagai contoh, untuk kerja kosong di Maktab Koperasi Malaysia, ianya akan diiklankan di laman rasmi mereka melalui pautan :




SENARAI AGENSI KERAJAAN


Berita baiknya anda boleh sahaja mendapatkan senarai agensi ini dengan mudah dan tak perlu bersusah payah berjam-jam untuk cari satu persatu dan ianya terdiri dari lebih 200++ senarai agensi kerajaan
beserta panduan dan template resume terkini.



CARA MENDAPATKAN SENARAI AGENSI DAN PANDUAN


Berita baiknya Tim Infokerjya telah menyediakan satu panduan lengkap beserta lebih 200++ senarai dan direktori agensi kerajaan untuk anda cuba memohon kerja kosong.

Untuk mendapatkanya sila klik pada pautan di bawah :-

[+] Senarai Agensi Kerajaan

1 ulasan so far


EmoticonEmoticon