Rabu, 20 Disember 2017

Temuduga Pembantu Awam Gred H11

Temuduga Pembantu Awam Gred H11 akan diadakan pada bulan disember 2017 untuk pengambilan di Kementerian/Jabatan Negeri Sarawak. Dan temuduga Pembantu Awam H11 pada bulan Januari 2018 untuk pengambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Temuduga Pembantu Awam Gred H11

Jadual Temuduga Pembantu Awam Gred H11 2017/2018


Tarikh temuduga : 18 Disember 2017 - 22 Disember 2017. Ianya untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta di pelbagai Kementerian/Jabatan di negeri Sarawak.

Calon-calon yang ingin membuat semakan online tarawan temuduga pembantu Awam Gred H11 boleh membuat semakan melalui pautan ini



Tarikh temuduga : 22 Januari 2018 - 25 Januari 2018.Ianya untuk mengsisi kekosongan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.


Calon-calon dari Negeri Sembilan boleh membuat semakan online melalui pautan ini



Syarat Lantikan Pembantu Awam Gred H11


Jawatan ini termasuk dalam kumpulan pelaksana.


  1. warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    1. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).

      (Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
      (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).
       
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Jadual Gaji Pembantu Awam Gred H11

Gaji minimum = Rm1218.00
Gaji maksimum = Rm2939.00
Kadar kenaikan gaji tahunan = RM80.00



Deskripsi Tugas-Tugas Pembantu Awam Gred H11


Seorang Pembantu Awam H11, adalah bertanggungjawab untuk ;

  1. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  2. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  3. Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.




Kelebihan Menjawat Jawatan Sektor Awam



1.Elaun perumahan

Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)

Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)

Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4.Kenaikan gaji setiap tahun

Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.


5.Cuti tahunan mengikut kelayakan

Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

6.Cuti bersalin

Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

7.Pinjaman perumahan

Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

8.Caruman KWSP atau pencen

Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

9.Bersara pada umur 58 tahun

Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

10.Peluang kenaikan pangkat

Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni...

11.Peluang melanjutkan pelajaran

Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

12.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa

Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

13.Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya...




Bagaimana Nak Lulus Temuduga Kerajaan?


Ramai yang berfikiran, nak masuk kerja kerajaan ni memang susah kalau tak ada "cable" . Tak di nafikan. Tapi berapa kerat kalau nak dikirakan.



Persaingan untuk mendapatkan kerja kerajaan AMAT tinggi dan peluang untuk anda berjaya adalah tipis jika anda langsung TIDAK TAHU bagaimana untuk bersedia menghadapi temuduga tersebut.



Apa yang penting, adalah pastikan anda buat persediaaan yang rapi untuk menghadapi temuduga Pembantu Awam H11. Untuk membantu anda hadapi temduga dengan lebih rapi dan yakin ketika di temuduga anda. Untuk itu anda perlu ada kelebihan dengan mengetahui apakah rahsia bijak temuduga.


Salah satu punca ramai calon temuduga GAGAL mendapat pekerjaan adalah disebabkan tidak ada persediaan.



Klik disini untuk mengetahui tips-tips bagaimana untuk membuat persediaan menghadapi temuduga kerajaan dengan lebih bijak.



Semoga anda berjaya temuduga ini.


EmoticonEmoticon