Khamis, 16 Julai 2015

Semakan Kelayakan Peperiksaan Online Perkhidmatan Pereka Gred B17

Pihak SPA telah mengeluarkan semakan kelayakan Peperiksaan Online Perkhidmatan Pereka Gred B17. Peperiksaan online bagi jawatan Pereka Gred B17 ini akan di adakan pada 29 Julai 2015.

Jika anda calon yang pernah memohon untuk jawatan ini, anda boleh membuat semakan secara online menerusi portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA atau terus saja klik pada pautan berikut Semakan Peperiksaan Online Perkhidmatan Pereka Gred B17


Hebahan Peperiksaan Online Perkhidmatan Pereka B17 Melalui Page Rasmi SPA

Syarat Lantikan Jawatan Perkhidmatan Pereka Gred B17

Calon yang dipanggil memiliki kelayakan minimum seperti mempunyai bakat, kebolehan, kreativiti serta :
  • Mempunyai pengalaman yang terbukti dan diperkaui mutunya dalam bidang seni reka, serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia yang memuaskan. Gred B17 [ Gaji permulaan : RM936.00 ]
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf denganya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam subjek Seni Visual pada peperiksaan tersebut. Gred B17 [ Gaji permulaan : RM936.00 ] 
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf denganya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan memiliki Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang Seni Grafik (Pereka Grafik / Graphic Designer) atau  (Pereka Bentuk Multimedia Artist - Visual) atau sijil yang setaraf dengan kelayakan ini yang diiktiraf kerajaan Malaysia. Gred B17 [ Gaji permulaan : RM1051.80 ]
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan memiliki Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang Seni Grafik ( Eksekutif Rekaan Grafik / Graphic Desiging Executive ) atau Perekabentuk Multimedia ( Animasi dan Visual / Multimedia 2 Designer - Animation- Visual ) atau kelayakan yang setaraf denganya.

Panduan dan Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Pereka Gred B17

Sekiranya anda telah membuat semakan kelayakan peperiksaan online perkhidmatan pereka gred B17, dan anda merupakan calon yang di panggil, tahniah di ucapkan. Sebagai langkah persedian menghadapi peperiksaan ini, anda boleh klik Panduan dan Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Pereka Gred B17 untuk mendapatkan maklumat tambahan.



EmoticonEmoticon