Rabu, 23 Julai 2014

Contoh Soalan Penolong Penguasa Kastam


Calon exam w27 kini telah mula mencari-cari Contoh Soalan Penolong Penguasa Kastam, walaupun Hari Raya Aidilfitri tinggal beberapa hari sahaja.Ini kerana exam penolong penguasa kastam akan dijalankan pada 05 Ogos 2014.

Jika anda belum mendapat apa-apa surat dan makluman, segera buat semakan online menerusi laman rasmi SPA

CONTOH SOALAN PENOLONG PENGUASA KASTAM 

Peperiksaan kali ini adalah secara online dan kita harap ianya berjalan lancar tidak seperti exam online sebelum ini.

Baca juga Contoh Soalan Temuduga Penguasa Kastam WK41

Oleh kerana peperiksaan secara online BARU kali kedua dijalankan secara online selepas exam online pertama Penolong Pegawai Arkib (May 2014), tentu ramai calon yang tercari-cari maklumat dan panduan berkaitan contoh soalan w27 ini.

Exam penolong penguasa kastam mengadungi tiga seksyen iaitu:

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan perkastaman, bidang ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, sosial, dasar-dasar kerajaan dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

(iii) Konsep Matematik dan Akaun
Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Masa : 1 jam
Soalan : 200 (aneka pilihan)


TIPS PEPERIKSAAN 


Sedikit tips dan info yang wajib calon peperiksaan tahu untuk menghadapi exam secara online ini,pastikan talian internet yang anda gunakan lancar setelah anda login dan mula menjawab soalan online.

JANGAN sesekali anda tertekan butang REFESH. Jika tidak,sistem akan terus kesan anda telah selesai menjawap soalan. Dan ingat anda hanya berpeluang menjawap soalan ini satu kali sahaja.


RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM 



Mahukan rujukan serta contoh soalan dan tips yang lengkap untuk persediaan? Dapatkan review PERCUMA pada pautan di bawah :-

[+] Review PERCUMA Rujukan dan contoh soalan Peperiksaan Pen.Penguasa Kastam

P/s : Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen anda di bawah, terima kasih kerana berkunjung.

Maklum balas dari calon peperiksaan Kastam 2012 yang lalu yang turut menggunakan rujukan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya.



Sekiranya anda perlukan rujukan dari Tim Infokerjaya, sila dapatkan terus melalui pautan berikut :-


Rujukan ini adalah terhad dan hanya di buka selama 4 hari sahaja bermula 31 Julai 2014 dan akan ditutup pada 03 Ogos 2014 jam 12:00 malam.

2 ulasan

Semoga berjaya dalam peperiksaan Penolong Penguasa Kastam :)

Calon exam Penolong Penguasa Kastam W27 edisi 5 Ogos 2014, agak ramai kali ini. Kelebihan tentunya bagi calon yang membuat persediaan rapi.


EmoticonEmoticon