Selasa, 15 April 2014

Tugas Penolong Akauntan W27


Secara umumnya tugas Penolong Akauntan W27 adalah bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.



FAEDAH-FAEDAH SEBAGAI PENJAWAT AWAM


Gaji sebagai Penolong Akauntan W27

Gaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan Gaji Tahunan
 RM 1,367.00  RM 5,098.00             RM 145.00


Elaun-elaun :

  1. Imbuhan tetap perumahan
  2. Imbuhan tetap khidmat awam
  3. Imbuhan tetap keraian
  4. Imbuhan tetap Jawatan Utama
  5. Bayaran Insentif Wilayah
  6. Bayaran Insentif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
  7. Bayaran Insentif Pakar
  8. Elaun Khidmat Luar Negara
Kemudahan-kemudahan :
  1. Kemudahan cuti
  2. Kuarters Kerajaan
  3. Rawatan Perubatan
  4. Pinjaman Kewangan -Rumah, Kenderaan, Komputer
  5. Subsidi menyertai kelab rekreasi
  6. Tambang mengunjungi wilayah asal
  7. Bayaran pakaian istiadat
Faedah Persaraan :
  1. Ganjaran
  2. Pencen Bulanan
  3. Ganjaran Gantian Cuti Rehat
  4. Rawatan Perubatan

SYARAT PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG AKAUNTAN


Syarat lantikan :

  • Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institutsi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf denganya, atau ; [Gaji permulaan : Rm1,667.08]
  • Licentiate of Chartered of Seceteries and Administator of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan RM1,892.68]
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat peningkatan secara lantikan (KPSL) :

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27 tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
          a. Mempunyai kelayakan di atas; atau
          b. Lulus peperiksaan khas; dan
          c. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG AKAUNTAN W27

Jika anda seorang Calon Peperiksaan Penolong Akauntan W27 tahniah, anda kini sudah hampir mencapainya. Ini adalah peluang yang anda tidak sepatutnya sia-siakan. Hadir ke dewan peperiksaan tanpa persediaan adalah satu kerugian dan kesilapan besar sekiranya anda benar-benar inginkan jawatan ini.

Ini ada beberapa contoh soalan peperiksaan untuk anda sila klik Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27.


EmoticonEmoticon