Ahad, 13 April 2014

Jawatan Kosong Universiti Sultan Zainal Abidin

Tarikh tutup permohonan : 20 April 2014

Jawatan kosong Universiti Sultan Zainal Abidin :


Jawatan :
  1. PENSYARAH UNIVERSITI LANTIKAN KE GRED DS51/ DS53/ KHAS
          Kelayakan :
  • Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dan/atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya, mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

   2.   PENSYARAH PERUBATAN PELATIH LANTIKAN KE GRED DU51P

         Kelayakan :
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; dan 
  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam bidang berkaitan; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

   3.  PENSYARAH PERUBATAN LANTIKAN KE GRED DU51/ DU53/ KHAS

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan Ijazah Sarjana dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan kelayakan kepakaran dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; dan 
  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang berkaitan; dan
  • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya, mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 


CARA MEMOHON/ SYARAT LANTIKAN
  1. Calon-calon yang berminat hendaklah mengisi Borang Permohonan Jawatan Akademik yang boleh didapati di www.pendaftar.unisza.edu.my
  2. Taraf Jawatan: Tetap/ Kontrak 
  3. Syarat-syarat tambahan: 
  • Ijazah Sarjana Muda/ Setaraf sekurang-kurangnya CGPA: 3.00 dan ke atas. 
  • Berkemahiran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. 

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan);

(i) Kad Pengenalan/ Pasport

(ii) Sijil kelahiran

(iii) Sijil-sijil akademik yang berkenaan transkrip di peringkat PhD, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda/             Setaraf dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf serta dan sijil/ dokumen lain yang berkaitan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:


Pendaftar 

Pejabat Pendaftar ,Bangunan Canselori 

Universiti Sultan Zainal Abidin 

Kampus Gong Badak 

21300 Kuala Terengganu 

TERENGGANU DARUL IMAN 

(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) 

Tel : 09-668 8369 /09-668 8374 Faks : 09-668 7884

Maklumat lanjut layari : http://www.unisza.edu.my/iklanjawatan/

Tarikh tutup permohonan : 20 April 2014


EmoticonEmoticon