Isnin, 18 Ogos 2014

Tugas Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik


Antara profession kerjaya yang paling ramai di pohon dan paling di minati pelajar-pelajar lepasan institutsi pengajian awam ialah Pegawai Tadbir Diplomatik. Namun rata-rata calon temuduga yang ditanyakan mengenai jawatan ini hanya mengetahui peranan seorang Pegawai Tadbir Diplomatik ialah sebagai diplomat, bertugas dengan wisma putra dan akan sentiasa keluar negeri. Ini menunjukkan ramai lagi yang berimpian menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir tetapi masih terlalu daif pengatahuan mengenai apakah Tugas Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Berikut, disenaraikan secara ringkas apakah tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang harus anda tahu, terutama bagi calon-calon yang menghadapi peperiksaan dan sesi temuduga untuk jawatan ini. Baca juga Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41


  1. Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri
  2. Keselamatan dan Pertahanan Negara
  3. Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  4. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Tanah/Daerah/Tempatan
  5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastuktur
  6. Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi
  7. Pengurusan Sumber Ekonomi
  8. Pengurusan Sumber Kewangan

Selain tugas SEORANG PEGAWAI TADBIR calon yang berminat untuk jawatan ini juga seharusnya tahu bahawa, jika di panggil untuk menjawat jawatan ini kelak, anda berkemungkinan akan mendapat penempatan di kementerian-kementerian, jabatan-jabatan persekutuan, pejabat-pejabat setiausaha kerajaan negeri, pentadbiran kerajaan tempatan dan berkemungkinan juga di pinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa yang lain. Sebaiknya calon haruslah tahu dan sedia maklum dengan tugas dan cabaran yang akan ditempuhi kelak apabila menjawat jawatan ini. 

Anda harus sedar bahawa di samping keseronokan bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (melancong keluar negara, elaun gaji yang lumayan dan lain-lain), ada tanggungjawab besar yang harus di pikul dan sudah tentunya ianya sangat mencabar. 

Sebab itu juga jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik mempunyai sistem pemilihan calon yang agak sukar berbanding jawatan-jawatan lain dalam perkhidmatan awam.

Bermula tahun 2014, jawatan ini turut di buka kepada pelajar semesta akhir dari insitusi awam dan swasta. Calon bagi lepasan akhir boleh mengisi permohonan sebelum tarikh akhir permohonan. 

Sekiranya anda seorang calon yang berminat untuk jawatan ini, banyakkan membuat sedikit carian dan juga bacaan. Kerana sudah pastinya persaingan untuk memohon jawatan ini akan bertambah dari masa ke semasa.


EmoticonEmoticon